hotel bajet di malaysia

Hotel Bajet di Pantai Cenang

1. Green Village Langkawi Resort | Dari RM138 Semalam

green-village-langkawi-resort-picture-1
Resort ini mendapat gelaran “Green” atau hijau daripada pokok buluh dan pokok Angsana hijau yang tumbuh cara semuladi sekitar kawasan resort.
Eco Resort yang terletak 4 minit dari pantai cenang ini menawarkan bilik dengan teres peribadi yang menghadap hutan.
green-village-langkawi-resort-picture-2
Disamping itu setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, dan bilik air peribadi. Di luar pula terdapat kolam renang, dan tetamu dapat mengunakan Wifi percuma di lobi.
Di kawasan resort terdapat juga beberapa akiviti menarik untuk seisi keluarga seperti meja pool, tempat permainan kanak-kanak dan gym.
Harga: Dari RM138 Semalam
Lokasi: Jalan Pantai Tengah, Teluk Baru, 07100 Pantai Cenang
Terra Nova Hotel Melaka - 2








Terra Nova Hotel | 2 Bintang

Terra Nova Hotel Melaka - 1
Terletak di Taman Kota Shah Bandar, Terra Nova Hotel ini sesuai jika anda mahukan hotel yang dekat dengan semua tempat menarik di Melaka.
Terra Nova Hotel Melaka - 2
Setiap bilik mempunyai Wifi, meja untuk berkerja dan kemudahan yang lengkap.
Alamat: No.29, Jalan KSB 11, Taman Kota Syahbandar, Melaka City Center, 75200 Melaka

Golden Roof Hotel | Dari RM94 Semalam

Golden Roof Hotel 1
Golden Roof Hotel merupakan sebuah hotel yang memberikan anda pengalaman penginapan yang eksklusif. Dari luar hotel terutama pada waktu malam anda dapat melihat lampu neon hotel yang menghidupkan lagi hotel ini. Sebaik anda masuk ke lobi hotel, anda dapat melihat dekorasi berkonsepkan moden kontemporari di setiap sudut. Yang menariknya juga, hotel ini turut memiliki pusat refleksologi yang terletak di aras bawah hotel.
Bilik-bilik di hotel ini luas menjadikan ia sangat sesuai untuk penginapan bersama keluarga. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan tandasnya pula memiliki pancuran air panas.
Golden Roof Hotel 2
Hotel ini turut terletak berdekatan dengan pasaraya Jusco dengan hanya 3 minit pemanduan. Dalam jarak 2 minit pula terdapat restoran makanan tempatan untuk anda menjamu selera. Destinasi pelancongan terdekat pula adalah Lost World of Tambun yang terletak hanya 10 minit dari hotel.
Lokasi: No. 2, 6A Jalan Ampang Baru, Pusat Perdagangan Ampang Baru, 31350 Ipoh

Hotel Transit Kuala Lumpur

Hotel Transit Bukit Bintang - Main Image
Terletak berdekatan dengan banyak tarikan pelancong seperti Chinatown dan Berjaya Times Square yang hanya 10 minit perjalanan kaki dari hotel. Pusat membeli-belah lain seperti Pavilion Mall dan Fahrenheit hanyalah dalam 15 ke 20 minit dari hotel. Untuk pengangkutan awam, hanya dalam 5 minit perjalanan kaki anda akan sampai ke Stesen Bas Pudu.
Hotel Transit Bukit Bintang - Room Image
Bilik-bilik di hotel ini memiliki aura ekslusif dengan gabungan warna hitam, putih, kelabu dan coklat, agak sejuk mata memandang. Setiap bilik lengkap dengan peti ais kecil, kemudahan membuat air teh dan kopi, serta bilik mandi yang lengkap dengan mandian air panas. Kalau anda nak berikan sebuah pengalaman penginapan yang istimewa untuk keluarga anda, mintalah bilik di tingkat yang tinggi untuk mendapatkan pemandangan yang menakjubkan Menara Petronas. Baru syok.
Harga: Dari RM178+ Semalaman
Alamat: 42 Jalan Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment